Posts

Dahi Ayah..

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya,tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya ke...

sudah tidak ditakuti...

Bila takut dengan Tuhan sudah tiada, Rasa aman pula berhadapan dengan mati, Tidak takut dengan dosa yang membawa ke neraka, Sembahyang pun cuai Kalaupun bersembahyang tidak terasa menyembah Tuhan mengumpat, mengadu domba, menghina akan jadi budaya pemarah, hasad dengki, dendam menjadi tabiat diri memfitnah menjadi hiburan nafsunya Kesalahan orang lain nampak selalu, Kesalahan diri, tidak diperhati Kebanyakan sudah tidak minat lagi, Kalaupun dilakukan sekedar tradisi Bukan dari hati, jauh sekali keredhaan Ilahi jiwa pun gelisah selalu, pikiran tidak menentu, Dengan anak isteri tidak harmonis lagi, Krisis rumah tangga berlaku selalu, kompleks jiwa merobek-robek kebahagiaan maka syeitan pun mempermainkan mereka dosa pun memburu macam manusia memburu haiwan Di dalam keadaan begini malaikat maut pun datang nyawa pun direntap mati dalam su'ul khatimah waliyadzubillah

Inilah suami Idaman ....

Suami yang sholeh sangat bertanggung jawab kepada keluarganya. Keluarganya dibawa mencintai dan menakuti Tuhannya. Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia. Syariat Tuhannya adalah disiplin di dalam rumah tangganya. Tanggung jawab dunianya suami tidak pula mencuaikannya. Makan minum, pakaian, tempat tinggal diurus dengan baiknya. Tunjuk ajar, nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya yang paling utama. Kasih sayang, timbang rasa kepada anak-anak dan isteri-isterinya menjadi budaya. Karenah anak-anak dan isteri-isterinya dia sabar menanggungnya. Dihadapi dengan lemah lembut, tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya. Sentiasa mendoakan mereka, berlapang dada amalan hidupnya. Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada di dalam sikapnya. Suami yang sholeh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya. Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka. Urusan Akhirat sangat diutamakannya. Urusan dunia tidak pula diabaikannya, di waktu mereka memerlukannya. Kesalahan anak-anak dan isteri-isteri ...

Adakah anda seorang yang tawadhuk???

Sikap Tawadhuk Yang Perlu Dicontohi Mengapa perlu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong tersebut dalam dirinya, dan dia mati membawa sifat itu, maka neraka lebih layak baginya. Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.” Abuya Syeikh Ashaari berkata: “Orang sombong itu ialah orang yang membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan.” Maksudnya di sini, orang tawadhuk itu ialah orang yang tidak membesarkan diri atas kelebihan atau keistimewaan yang ada padanya. Baginya segala macam kelebihan dan keistimewaan itu bukan dari hasil usaha atau kepandaiannya. Dirasakan semuanya itu kerja Tuhan semata-mata. Lagi, orang tawadhuk ini mengetahui dan merasakan yang dia itu hamba Tuhan. Sebagai hamba, dia itu bekerja atau berbuat untuk Tuhan....

JASAD LAHIR

Engkau jaga sangat jasad lahir engkau Engkau jaga dan belai muka engkau agar licin dan cantik Engkau gunakan berbagai-bagai jenis krim dan losyen untuk menjaga kulit badan Agar kulit sentiasa licin dan tegang Engkau makan berbagai-bagai makanan awet muda Untuk menjaga keteguhan dan kesihatan badan engkau Semua yang engkau jaga itu adalah nilai dunia Kerana badan lahir ini bukan ada perasaan mengenal Tuhan Jauh sekali rasa kehambaan Lantaran itu apabila mati dibaham oleh ulat dan jadi tanah Ertinya ia tidak kekal abadi Tapi malang sekali anggota batin engkau yang boleh jadi nilai Akhirat Engkau abaikan Akal yang menjadikan engkau mukallaf Jiwa atau hati yang boleh mengenal Tuhan engkau cuaikan Nafsu yang boleh dididik dan dilatih untuk taat Kepada Tuhan semesta alam Engkau tidak ambil peduli pun untuk bermujahadah terhadapnya Padahal semuanya ada nilai Akhirat Dia adalah kekal abadi di Akhirat kelak Sama ada ke Syurga atau ke Neraka Sebenarnya akal, jiwa, nafsu inilah hakikat diri engka...

Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan..

Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan Marilah kita fahami secara umum maksud menggunakan nikmat di jalan Tuhan. Pertama, cara mendapatkan nikmat itu mesti betul-betul menepati syariat. Nikmat itu didapati dengan cara yang halal dan bukan cara yang haram. Nikmat itu bukan didapati dengan cara mencuri, merampas atau menipu. Nikmat itu didapati dengan cara yang baik dan berhikmah. Nikmat itu didapati atas dasar ada keredhaan daripada orang yang memberinya. Kalau nikmat harta, didapati dengan jalan jual beli yang sah. Kalau nikmat ilmu, didapati dengan cara belajar dengan guru. Bagi orang muqarabin atau warak, mereka sangat berhati-hati dalam mengambil nikmat ini. Malah yang halal kalau tidak jelas halalnya, mereka tidak ambil. Mereka ini orang sangat takut dengan Tuhan sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: “Tidaklah dinamakan taqwa itu sehingga seseorang itu meninggalkan sesuatu yang tidak salah kerana takut terjebak kepada hal-hal yang salah.” Kedua, sudah mendapat nikmat, hendaklah ...

Cinta Tuhan....

Yang Dimaksudkan Cinta Tuhan Kita membaca tentang sepotong ayat, Allah berfirman, maksudnya begini: Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka, jika mereka iaitu umatmu benar-benar mencintai Allah, maka hendaklah mereka mengikuti dan mencontohi dirimu, Rasulullah. Apa sebenarnya yang boleh difahami daripada ayat tersebut? Jika hamba Tuhan itu benar-benar cinta Tuhan, maka Allah minta buktikan kepada Rasulullah, kekasihNya. Allah minta kita berhubung dengan Rasulullah. Iaitu dengan mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah itu ialah perjalanan hidup Rasulullah. Perjalanan hidup Rasulullah itu pula ada lahiriah, ada maknawiyah dan ada rohaniahnya. Kalau betul kita ikut jalan tersebut, maka memang benarlah terbukti yang kita sudah mencintai Tuhan. Boleh juga dimaksudkan seperti ini. Hendak cinta Tuhan, kita tak mampu. Kita tak kenal Tuhan; zat, sifat dan perbuatanNya. Justeru, mencintai orang Tuhan seperti Rasulullah membawa kita sampai kepada Tuhan. Mencintai Rasulullah itu adalah jalan atau jamba...