Inilah suami Idaman ....

Suami yang sholeh sangat bertanggung jawab kepada keluarganya.
Keluarganya dibawa mencintai dan menakuti Tuhannya.
Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia.
Syariat Tuhannya adalah disiplin di dalam rumah tangganya.

Tanggung jawab dunianya suami tidak pula mencuaikannya.
Makan minum, pakaian, tempat tinggal diurus dengan baiknya.
Tunjuk ajar, nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya yang paling utama.
Kasih sayang, timbang rasa kepada anak-anak dan isteri-isterinya menjadi budaya.

Karenah anak-anak dan isteri-isterinya dia sabar menanggungnya.
Dihadapi dengan lemah lembut, tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya.
Sentiasa mendoakan mereka, berlapang dada amalan hidupnya.
Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada di dalam sikapnya.

Suami yang sholeh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya.
Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka.
Urusan Akhirat sangat diutamakannya.
Urusan dunia tidak pula diabaikannya, di waktu mereka memerlukannya.

Kesalahan anak-anak dan isteri-isteri sentiasa dimaafkannya.
Mereka dididik penuh bijaksana dengan tabahnya.
Rukun damai, hidup harmoni sentiasa diusahakannya.
Rasa bersama bekerjasama, Tuhan diutama, keluarga bahagia.

Begitulah suami yang sholeh sentiasa bertanggung jawab kepada keluarga.
Kerana takutnya dengan Tuhannya dia sangat mengambil berat keluarganya.
Anak-anaknya dan isteri-isteri sangat taat dan menghormatinya.
Kerana suaminya berwibawa dan sangat mulia.

Comments

Popular posts from this blog

sudah tidak ditakuti...