Posts

Showing posts from 2009

sudah tidak ditakuti...

Bila takut dengan Tuhan sudah tiada,
Rasa aman pula berhadapan dengan mati,
Tidak takut dengan dosa yang membawa ke neraka,
Sembahyang pun cuai
Kalaupun bersembahyang tidak terasa menyembah Tuhan
mengumpat, mengadu domba, menghina
akan jadi budaya
pemarah, hasad dengki, dendam menjadi tabiat diri
memfitnah menjadi hiburan nafsunya
Kesalahan orang lain nampak selalu,
Kesalahan diri, tidak diperhati
Kebanyakan sudah tidak minat lagi,
Kalaupun dilakukan sekedar tradisi
Bukan dari hati,
jauh sekali keredhaan Ilahi
jiwa pun gelisah selalu,
pikiran tidak menentu,
Dengan anak isteri tidak harmonis lagi,
Krisis rumah tangga berlaku selalu,
kompleks jiwa merobek-robek kebahagiaan
maka syeitan pun mempermainkan mereka
dosa pun memburu
macam manusia memburu haiwan
Di dalam keadaan begini malaikat maut pun datang
nyawa pun direntap
mati dalam su'ul khatimah
waliyadzubillah

Inilah suami Idaman ....

Suami yang sholeh sangat bertanggung jawab kepada keluarganya.
Keluarganya dibawa mencintai dan menakuti Tuhannya.
Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia.
Syariat Tuhannya adalah disiplin di dalam rumah tangganya.

Tanggung jawab dunianya suami tidak pula mencuaikannya.
Makan minum, pakaian, tempat tinggal diurus dengan baiknya.
Tunjuk ajar, nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya yang paling utama.
Kasih sayang, timbang rasa kepada anak-anak dan isteri-isterinya menjadi budaya.

Karenah anak-anak dan isteri-isterinya dia sabar menanggungnya.
Dihadapi dengan lemah lembut, tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya.
Sentiasa mendoakan mereka, berlapang dada amalan hidupnya.
Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada di dalam sikapnya.

Suami yang sholeh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya.
Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka.
Urusan Akhirat sangat diutamakannya.
Urusan dunia tidak pula diabaikannya, di waktu mereka memerlukannya.

Kesalahan anak-anak dan isteri-isteri sentiasa dimaaf…

Adakah anda seorang yang tawadhuk???

Sikap Tawadhuk Yang Perlu Dicontohi

Mengapa perlu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong tersebut dalam dirinya, dan dia mati membawa sifat itu, maka neraka lebih layak baginya.

Rasulullah saw bersabda:
“Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.”

Abuya Syeikh Ashaari berkata: “Orang sombong itu ialah orang yang membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan.”

Maksudnya di sini, orang tawadhuk itu ialah orang yang tidak membesarkan diri atas kelebihan atau keistimewaan yang ada padanya. Baginya segala macam kelebihan dan keistimewaan itu bukan dari hasil usaha atau kepandaiannya. Dirasakan semuanya itu kerja Tuhan semata-mata. Lagi, orang tawadhuk ini mengetahui dan merasakan yang dia itu hamba Tuhan. Sebagai hamba, dia itu bekerja atau berbuat untuk Tuhan. Maj…

JASAD LAHIR

Engkau jaga sangat jasad lahir engkau
Engkau jaga dan belai muka engkau agar licin dan cantik
Engkau gunakan berbagai-bagai jenis krim dan losyen untuk menjaga kulit badan
Agar kulit sentiasa licin dan tegang
Engkau makan berbagai-bagai makanan awet muda
Untuk menjaga keteguhan dan kesihatan badan engkau
Semua yang engkau jaga itu adalah nilai dunia
Kerana badan lahir ini bukan ada perasaan mengenal Tuhan
Jauh sekali rasa kehambaan
Lantaran itu apabila mati dibaham oleh ulat dan jadi tanah
Ertinya ia tidak kekal abadi
Tapi malang sekali anggota batin engkau yang boleh jadi nilai Akhirat
Engkau abaikan
Akal yang menjadikan engkau mukallaf
Jiwa atau hati yang boleh mengenal Tuhan engkau cuaikan
Nafsu yang boleh dididik dan dilatih untuk taat
Kepada Tuhan semesta alam
Engkau tidak ambil peduli pun untuk bermujahadah terhadapnya
Padahal semuanya ada nilai Akhirat
Dia adalah kekal abadi di Akhirat kelak
Sama ada ke Syurga atau ke Neraka
Sebenarnya akal, jiwa, nafsu inilah hakikat diri engkau
Badan lahir kalau e…

Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan..

Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan

Marilah kita fahami secara umum maksud menggunakan nikmat di jalan Tuhan.

Pertama, cara mendapatkan nikmat itu mesti betul-betul menepati syariat. Nikmat itu didapati dengan cara yang halal dan bukan cara yang haram. Nikmat itu bukan didapati dengan cara mencuri, merampas atau menipu. Nikmat itu didapati dengan cara yang baik dan berhikmah. Nikmat itu didapati atas dasar ada keredhaan daripada orang yang memberinya. Kalau nikmat harta, didapati dengan jalan jual beli yang sah. Kalau nikmat ilmu, didapati dengan cara belajar dengan guru. Bagi orang muqarabin atau warak, mereka sangat berhati-hati dalam mengambil nikmat ini. Malah yang halal kalau tidak jelas halalnya, mereka tidak ambil. Mereka ini orang sangat takut dengan Tuhan sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: “Tidaklah dinamakan taqwa itu sehingga seseorang itu meninggalkan sesuatu yang tidak salah kerana takut terjebak kepada hal-hal yang salah.”

Kedua, sudah mendapat nikmat, hendaklah di…

Cinta Tuhan....

Yang Dimaksudkan Cinta Tuhan

Kita membaca tentang sepotong ayat, Allah berfirman, maksudnya begini: Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka, jika mereka iaitu umatmu benar-benar mencintai Allah, maka hendaklah mereka mengikuti dan mencontohi dirimu, Rasulullah.

Apa sebenarnya yang boleh difahami daripada ayat tersebut? Jika hamba Tuhan itu benar-benar cinta Tuhan, maka Allah minta buktikan kepada Rasulullah, kekasihNya. Allah minta kita berhubung dengan Rasulullah. Iaitu dengan mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah itu ialah perjalanan hidup Rasulullah. Perjalanan hidup Rasulullah itu pula ada lahiriah, ada maknawiyah dan ada rohaniahnya. Kalau betul kita ikut jalan tersebut, maka memang benarlah terbukti yang kita sudah mencintai Tuhan.

Boleh juga dimaksudkan seperti ini. Hendak cinta Tuhan, kita tak mampu. Kita tak kenal Tuhan; zat, sifat dan perbuatanNya. Justeru, mencintai orang Tuhan seperti Rasulullah membawa kita sampai kepada Tuhan. Mencintai Rasulullah itu adalah jalan atau jambata…

Mengapa ada ulamak tidak takutkan Tuhan?

Image
Dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya: "Yang paling takut kepadaKu di kalangan hamba-hambaKu ialah ulamak." Al-Fathir:28 Ayat ini jelas menunjukkan yang paling takut kepada Allah adalah ulamak. Ilmu yang ada pada ulamak itu melayakkan mereka untuk jadi orang yang takutkan Allah. Tapi realiti yang berlaku ulamak yang ada pada hari ini sudah tidak takutkan Allah, malah ramai di antara mereka sewenang-wenangnya mengabaikan perintah Allah. Apa sudah berlaku? Apa yang tidak kena sehingga realiti itu bertentangan dengan kehendak ayat ini? Mari kita pekatakannya.


1) Ulamak menjadi orang yang tidak takutkan Allah disebabkan ilmu mereka tidak cukup. Ilmu tidak global. Ilmu mereka hanya pada satu-satu bidang sahaja dan tidak menyeluruh. Kebanyakan bertumpu pada ilmu fekah. Mereka menguasai ilmu fekah sehingga boleh berhukum dan memberi fatwa. Tetapi mereka tidak pula berminat pada tasawuf. Ada juga yang mengambil usuluddin hingga mahir, boleh berpidato dan berbahas tentangnya. Tapi…

Pemimpin Yang Dibantu

Kalau kita merenung sejarah tentang kedatangan beberapa orang pemimpin di tengah masyarakat Islam, maka kita akan dapati mereka itu tidak diduga oleh manusia di zamannya. Kenaikan mereka sebagai pemimpin tidak mengikut kaedah biasa, laitu tidak menepati syarat-syarat yang ada pada pemimpin biasa. Sebab itu kemunculan mereka itu menjadi sangat kontroversial pada zaman mereka. Sebahagian masyarakat mempertikaikan kepimpinan mereka, bahkan menentang. Mereka dikatakan tidak layak, bahkan tidak munasabah untuk jadi pemimpin dengan alasan mereka bukan dari kalangan istana, bukan pembesar, bukan bangsawan, bukan orang kaya, bukan lulusan tinggi dan bukan orang yang disangka untuk jadi pemimpin. Mereka hanya rakyat biasa yang dinaikkan sendiri oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud,
‘“Maka mereka berkata, “Bagaimana kita akan mengikut saja seorang manusia (biasa) di antara kita? Sesungguhnya kalau kita begitu benar-benar berada dalam kesesatan dan gila.”— Al Qamar: 24

Firman-Nya lagi yang b…

Siapa Ulamak Pewaris Nabi?

Image
“Ulamak itu adalah pewaris nabi.” Itulah kenyataan Rasulullah 1400 tahun yang lampau. Itulah juga modal bagi para ulamak ke sana ke sini. Mereka mengaku pewaris nabi. Mereka menjaja kepada orang kebanyakan bahawa merekalah pewaris nabi. Sebab mereka ulamak dan sudah dikatakan Rasulullah sebegitu rupa. Tetapi malangnya hari ini, kita tidak nampak yang kebanyakan ulamak yang mengaku ulamak itu pewaris nabi. Ini kerana kalaulah dikatakan pewaris nabi, sudut bagaimanakah yang dikatakan pewaris nabi?

Sudut ilmu, adakah ilmu mereka benar-benar mewarisi ilmu nabi yakni Rasulullah? Sebabnya ilmu yang Rasulullah bawa itu global. Tidak tertumpu pada satu-satu bidang ilmu sahaja. Ilmu Rasulullah itulah ilmu Iman, Islam dan Ihsan. Atau dalam ertikata lain, akidah, syariat dan tasauf. Ulamak hari ini, kalau alim tentang tasauf, tasauf sahaja. Kalau akidah, akidah sahaja. Kalau syariat, syariat sahaja. Kalaupun belajar dan alim semua, berapa kerat sahaja. Itupun tak pula dapat menggunakan ilmu-ilmu …

Salam

Image
Welcome