Pemimpin Yang Dibantu

Kalau kita merenung sejarah tentang kedatangan beberapa orang pemimpin di tengah masyarakat Islam, maka kita akan dapati mereka itu tidak diduga oleh manusia di zamannya. Kenaikan mereka sebagai pemimpin tidak mengikut kaedah biasa, laitu tidak menepati syarat-syarat yang ada pada pemimpin biasa. Sebab itu kemunculan mereka itu menjadi sangat kontroversial pada zaman mereka. Sebahagian masyarakat mempertikaikan kepimpinan mereka, bahkan menentang. Mereka dikatakan tidak layak, bahkan tidak munasabah untuk jadi pemimpin dengan alasan mereka bukan dari kalangan istana, bukan pembesar, bukan bangsawan, bukan orang kaya, bukan lulusan tinggi dan bukan orang yang disangka untuk jadi pemimpin. Mereka hanya rakyat biasa yang dinaikkan sendiri oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud,
‘“Maka mereka berkata, “Bagaimana kita akan mengikut saja seorang manusia (biasa) di antara kita? Sesungguhnya kalau kita begitu benar-benar berada dalam kesesatan dan gila.”— Al Qamar: 24

Firman-Nya lagi yang bermaksud,
“Dan mereka berkata. “Mengapa Al Quran ini tidak diturunkan kepada seorang besar dan salah satu dua negeri (Makkah dan Thaif) ini?
Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atau sebahagian yang lain beberapa darjat agar mereka dapat menggunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dan apa yang mereka kumpulkan.”— Az Zumar; 31-32

Ayat ini memperlihatkan bagaimana orang-orang kafir Quraisy mempersoalkan kenabian Rasulullah SAW. Pada mereka, Rasulullah bukan orang besar, cuma si miskin, yatim piatu dan tidak tahu membaca serta menulis. Sebab itu mereka mengira tidak selayaknya baginda menjadi ketua mereka, yakni Nabi atau Rasul. Dan kerana itu mereka menentang baginda. Tetapi apa kata Allah? Dengan tegas Allah mengingatkan mereka dan kita, bahawa kuasa untuk memberi rahmat kepada manusia adalah hak mutlak Allah. Allah boleh beri kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dan hamba-hambaNya. Di sisi Allah tiada bezanya seseorang yang besar dengan rakyat biasa, antara orang kaya dengan orang miskin. Sama-sama bertaraf hamba. Bebas bagi Allah untuk melantik siapa saja untuk jadi pemimpin. Dia juga bebas untuk menjadikan seseorang itu kaya atau miskin, pandai atau jahil, gagah atau lemah. Seorang yang besar, boleh jadi orang besar kerana Allah mahu jadikan dia begitu, tanpa melalui kaedah yang ditetapkan oleh manusia. Bukan kuasa dia sendiri untuk menjadikan dia orang besar. Mudah saja bagi Allah kalau mahu jadikan dia orang kecil. Dan orang itu tidak boleh buat apa-apa. Demikian juga si kaya, kayanya dengan izin Allah. Orang kuat juga, kekuatannya adalah pemberian Allah.

Jadi, tidak bolehlah kita menganggap itu kepunyaan kita dan hasil kuasa kita, hingga kerana itu kita memandang orang lain hina, rendah dan tidak layak menerima rahmat dan kurniaan istimewa dan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud,
“Hikmah itu diberi kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang diberi hikmah, sesungguhnya dia diberi sesuatu yang banyak.

saya ingin menurunkan beberapa contoh yang berlaku dalam sejarah tentang kelahiran beberapa orang pemimpin dunia yang beriman, mereka itu tidak diduga oleh manusia di zamannya untuk dipilih dan dibantu sendiri oleh Allah SWT. Selain dari nabi-nabi dan rasul-rasul, manusia-manusia biasa yang juga dibantu kepimpinan mereka oleh Allah. Antaranya ialah Thalut, Muhammad Al Fateh, Salehuddin Al Ayubi dan Hassan Al Banna. Mereka ini telah menempa sejarah gemilang untuk Islam. Perjuangan mereka telah meninggikan Islam dan umat Islam. Mereka mendapat bantuan Allah dalam menghadapi cabaran dan kesusahan yang didatangkan oleh musuh. Saya akan nyatakan secara ringkas tentang kepimpinan setiap orang daripada mereka, Insya-Allah.

1. THALUT

Kisah kenaikan Thalut sebagai pemimpin Bani Israil sungguh di luar dugaan pembesar-pembesar Bani Israil. Walaupun pada mulanya merekalah (pembesar) yang meminta dilantik seorang pemimpin untuk menentang kekejaman bangsa Rom di bawah pimpinan Jalut. Tapi apabila Allah datangkan pemimpin itu, mereka menentangnya. Hal ini ada disebut dalam Al Quran yang bermaksud,

“Nabi mereka menyatakan kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut sebagai rajamu.” Mereka menjawab, “Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya? Sedangkan dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?” Nabi mereka berkata, “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas PemberianNya lagi Maha Mengetahui. Al-Baqarah: 247

Begitulah kontroversi yang berlaku dalam masyarakat Bani Israil di bumi Palestin, sewaktu Thalut menjadi pemimpin. Oleh kerana Thalut seorang rakyat biasa yang bekerja sebagai petani, bukan dan golongan atasan, bangsawan, hartawan atau cendekiawan, maka terujilah golongan atasan itu untuk menerima kepimpinan Thalut. Rasa terhinalah mereka untuk mengikut Thalut, kerana mereka rasa lebih mulia dan lebih layak. Walaupun waktu itu mereka benar-benar perlukan seorang pemimpin, tapi mereka telah menentang Thalut. Mereka tidak mahu jadi pengikut dan tidak mahu taat. Namun kerana Thalut dilantik sendiri oleh Allah dan dibantu-Nya, maka walau sehebat manapun tentangan yang diterima dari musuh-musuhnya luar dan dalam, dia tetap berjaya mengalahkan Jalut.

2. MUHAMMAD AL FATEH

Rasulullah SAW semasa hayat baginda telah memberitahu bahawa Istanbul akan jatuh ke tangan Islam. Para sahabat masing-masing berharap di zaman merekalah perkara itu akan berlaku. Tiada siapa yang dapat menduga bahawa Muhammad Al Fateh yang dapat menglslamkan Rom (Constantinople). Tapi demikianlah kehendak dan Allah. Siapakah Muhammad Al Fateh? Beliau adalah anak raja Turki yang bernama Murad I. Sedari kecil dididik di rumahnya oleh Shamsuddin Al Wali, seorang ulama sufi dan waliullah yang sangat masyhur di Turki. Dalam umur 20 tahun, Muhammad sudah menjadi ahli sufi. Siapa menduga seorang anak raja menjadi orang sufi, kemudian dapat menawan dan mengislamkan Istanbul dalam umur 23 tahun. WaIhal Turki waktu itu mempunyai ramal ulama besar dan lulusan Universili Al Azhar. Sejak mendapat tahu yang Rasulullah sendiri berkata bahawa Rom akan jatuh ke tangan Islam, Muhammad mengkaji mengapa hal itu tidak berlaku di tangan sahabat. Kekuatan iman sahabat tentu jauh lebih gagah dan orang-orang kerajaan Islam Turki waktu itu. Beliau cuma melihat beberapa kelemahan teknikal yang dibuat oleh sahabat. Maka kesilapan itu mahu dibaikinya dan beliau mencuba dengan harapan berlakulah kata-kata Rasulullah itu.

Dengan bantuan Allah, tentera Al Fateh yang kecil itu telah berjaya mengalahkan Rom (Istanbul) dan akhirnya mengislamkannya. Hal ml sungguh memeranjatkan dunia termasuklah ulama sezaman yang merasakan mereka lebih tokoh dan Muhammad Al Fatch, (gelaran yang diberi kepada Muhammad) bukanlah ulama ulung. Cuma dia terdidik, ilmunya sederhana dan bantuan Allah bukanlah semestinya kepada seorang yang ulung ilmunya. Allah lebih tahu kepada siapa bantuan kemenangan itu hendak diberikan.

3. SALEHUDDIN Al AYUBI

Beliau muncul sewaktu Palestin berada dalam tangan Kristian. Dan di waktu Universiti Azhar dikuasal oleh Syiah. Beliau bukanlah di kalangan ulama-ulama yang terkenal dan pengarang kitab yang begitu ramai di Mesir waktu itu. Beliau cuma seorang soleh yang terpelihara agamanya sedari kecil. Dan bangsanya bukanlah bangsa yang terkenal di dunia waktu itu, jika dibandingkan dengan bangsa Arab. Bangsa Kurdi adalah satu bangsa yang agak asing di Mesir. Maka bangunnya Salehuddin Al Ayubi menjadi pemimpin ummah dan ketua tentera Islam di zamannya itu adalah suatu yang kontroversi. Tiada siapa menduga, tetapi memang begitulah kehendak Allah. Maka sejarah memberitahu kita bahawa beliaulah orangnya dan pengikutnya yang telah merampas Palestin dan penguasaan Kristian. Dan juga mencorakkan Universiti Azhar dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga menggalakkan ajaran tasawuf dan tariqat. Dan sejak itu pertumbuhan tariqat di Mesir subur. Hingga kini di Mesir terdapat lebih 60 buah tariqat.

4. IMAM HASSAN Al BANNA

Ia seorang lagi rakyat Mesir yang jadi pemimpin Islam yang ulung. Walhal ia tidak disangka-sangka oleh sesiapa. Hassan Al Banna hanya seorang guru agama yang mengajar di sekolah rendah. Sijilnya tidak diiktiraf oleh sekolah menengah apa lagi universiti. Waktu kebangkitannya, Mesir penuh dengan ulama -ulama besar lulusan Universiti Azhar. Layaknya ulama-ulama inilah yang bangun untuk menglslamkan masyarakat Mesir. Tapi Allah tidak berbuat begitu. Sebab itu ada ulama yang menentangnya kerana Ia tidak ada ‘authority Hassan Al Banna yang dikehendaki untuk memimpin umat Islam Mesir kembali kepada Allah dan Rasul, walaupun kenaikannya begitu kontroversi. Dan kerana Allah membantunya maka dia berjaya dalam tugasnya. Syiar Islam tegak di Mesir dalam pimpinannya, bahkan pengaruhkan terasa ke seluruh dunia. Cuma beliau tidak sempat untuk menguasai negara Mesir. Itulah nama-nama yang dapat saya senaraikan sebagai contoh bahawa boleh berlaku, seorang yang tidak diduga oleh manusia untuk jadi pemimpin utama. Tapi berlaku dengan izin Allah. Hal ini perlu diambil perhatian oleh umat Islam supaya mereka tidak membantah takdir Allah. Sebab ada masanya Allah melakukan sesuatu yang di luar dugaan manusia. Waktu itu sesiapa yang lalai dari melihat kekuasaan Allah serta tidak faham kisah-kisah sejarah akan membuat kesilapan dalam menilai dan menerima ujian Allah S.WT. Mereka akan sombong dan menentang takdir Allah S.W.T. Hal ini dapat kita lihat dengan jelas dalam sejarah kebangkitan Nabi dan Rasul, yang begitu banyak diceritakan dalarn Al Quran. Nabi Musa misalnya, anak peliharaan Firaun, tapi demikianlah yang Allah lakukan. Dan kerana tidak yakin dengan takdir Allah ramailah yang kafir dan akhirnya tenggelam dalam Laut Merah.
Demikian juga dengan Nabi Muhammad S.A.W. Sebagai Nabi akhir zaman, tiada siapa menduga yang nabi itu ialah seorang anak yatim piatu, miskin dan terbiar serta tidak tahu membaca dan menulis. Hal ini sangat menguji orang besar, orang kaya, orang bijak pandai dan orang yang terkenal di zamannya. Sebab itu mereka mengingkari dan menentang Rasulullah. Mereka sombong dengan Allah. Mereka rasa mereka lebih berhak dan lebih layak. Sebab itu mereka jadi musuh Allah dan Rasul. Demikianlah juga dengan iblis laknatullah. Dia asalnya ketua malaikat di syurga. Tapi teruji dengan penciptaan Nabi Adam a.s. Dia engkar sujud kepada Nabi Adam a.s. sekalipun diperintahkan oleh Allah SWT kerana katanya dia lebih mulia. Dia lupa bahawa kemuliaan itu adalah pinjaman Allah. Sedangkan dia sendiri hanyalah hamba Allah seperti juga Nabi Adam. Kerana kesombongan itu maka akhirnya Allah jatuhkan iblis menjadi sehina-hina makhluk. Begitulah akibatnya jikalau tidak sedar diri. Akibat tidak mahu mengaku, Allah boleh memilih siapa saja dan hamba-Nya untuk dijadikan pemimpin ummah sekalipun dan orang yang tidak diduga oleh manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa ada ulamak tidak takutkan Tuhan?